Muamalah & Nasihat Ulama Salaf Tentang Isterinya


مجموعــة طريق السلف:
حال السلف في التعامل مع نسائهم ونصحهم وتوجيههم للزوج والزوجة .  
قال عمر بن الخطاب رضى الله عنه لرجل همَّ بطلاق امرأته : لِم تُطَلِّقُها ؟ قال : لا أُحِبُّها. قال : أوكُلُّ البيوتِ بُنِيَتْ على الحب ّ! وأين الرعايةُ والتذمُّم ُ! [ عيون الأخبار3/ 18) ]


Umar bin Khattob berkata pada seseorang yang ingin menceraikan isterinya, 
"Kenapa kamu ingin menceraikan isterimu?" 
Dia menjawab, 
"Kerana aku sudah tidak mencintainya." 
Umar berkata, 
"Apakah setiap rumah tangga dibangun di atas cinta? Lalu di manakah tanggung jawab dan kehormatan!" 
(Uyunul Akhbar 3/18)

عن الحسن قال : سأل عمر  رضي الله عنه ابنته حفصة : كم تصبر المرأة عن الرجل ؟ قالت:  ستة أشهر، فقال : لا جرم لا أجهز رجلا أكثر من ستة أشهر. [موسوعة ابن أبي الدنيا (8/112)]

Hasan berkata,"Umar bertanya pada puterinya Hafshoh, 

"Berapa lama seorang isteri sabar (kuat) ditinggal suaminya?" 

Dia menjawab, "Enam bulan." 

Maka Umar katakan, 

"Pasti, aku tidak akan mengirim pasukan lebih dari enam bulan." (Mawsuah Ibnu Abi Dunia 8/112)

      
كان لعلي رضي الله عنه امرأتان ، فإذا كان يوم هذه اشترى لحمًا بنصف درهم، وإذا كان يوم هذه اشترى لحمًا بنصف درهم. [موسوعة ابن أبي الدنيا (8/115)]

Adalah Ali memiliki dua isteri, maka jika pada hari giliran isteri yang satu beliau beli daging setengah dirham dan jika pada hari giliran yang lain beliau juga beli daging setengah dirham. (Mawsuah Ibnu Abi Dunia 8/115)

عن حذيفة رضي الله عنه قال : أَقَرّ ما أكون عينًا، حين يشكو إلي أهلي الحاجة. [الحلية (تهذيبه) 1/ 206]

Hudzayfah berkata, 

"Bagiku yang paling menyejukkan hatiku adalah ketika keluargaku meminta hajat (keperluan) padaku." (Tahdzib Hilyah 1/206)

وجاءت امرأة إلى معاذ رضي الله عنه  فقالت : إنك رسولُ رسولِ الله حق ًا، ما حق الزوجة على زوجها ؟ قال : حقها عليه : ألا يضرب وجهها ، ولا يقبحه ، وحقها عليه : أن يطعمها مما يأكل ، ويكسوها مما يلبس ، وحقها عليه : أن لا يهجرها إلا في بيتها. [موسوعة ابن أبي الدنيا (8/ 115)]

Seorang wanita mendatangi Muadz dan bertanya padanya, 

"Engkau adalah benar-benar utusan Rasulullah, maka apa hak seorang isteri atas suaminya?" 

Jawab beliau, 

"Hak isteri atas suaminya untuk tidak memukul wajahnya, tidak memakinya, hak dia pula untuk diberi makan seperti yang dimakan suaminya, diberi sandang (pakaian) yang layak, hak dia pula untuk tidak diboikot kecuali dirumahnya." 

(Mawsuah Ibnu Abi Dunia 8/115)

وعن ابن عباس رضي الله عنه أنه قال : النساء عورة ، خُلقن من ضعف ، فاستروا عوراتهن بالبيوت. [موسوعة ابن أبي الدنيا (7/ 550)]

Ibnu Abbas berkata, 

"Wanita itu aurat dan diciptakan dari kelemahan maka tutupi aurat mereka dengan rumah." 

(Mawsuah Ibnu Abi Dunia 7/550)


▪️وعن عكرمة أن امرأة سألت ابن عباس  رضي الله عنه فقالت : ما يحل لي من بيت زوجي ؟ فذكر الخبز والتمر ونحو ذلك، قالت: فالدراهم ؟ 
قال ابن عباس : أتحبين أن يأخذ حليك ؟
قالت : لا 
قال : فلا تأخذي من دراهمه. [موسوعة ابن أبي الدنيا (8/ 117)]

Dari Ikrimah bahawa seorang wanita bertanya kepada Ibnu Abbas, 

"Apa yang halal bagiku di rumah suamiku?" 

Beliau menjawab, "Roti, kurma dan semisalnya." 

Wanita itu bertanya lagi, "Bagaimana dengan dirham (wang)?" 

Beliau menawab, "Apakah anti (kamu) senang jika suamimu mengambil perhiasanmu?" 

Dia menjawab, "Tidak." Jawab beliau, "Maka jangan anti (kamu) ambil dirhamnya (wangnya)." 

(Mawsuah Ibnu Abi Dunia 8/117)

(Faedah ilmiah dari al-Ustadz Usamah Mahri di WhatsApp طريق السلف)
WhatsApp طريق السلف www.thoriqussalaf.comtelegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

Diposting ulang olehNisaa` As-Sunnah

Lebih baru Lebih lama