Beberapa Amalan Sunnah Dalam Sepuluh Terakhir Ramadhan



Aisyah berkata, “Rasulullah jika memasuki sepuluh terakhir (Ramadhan) baginda:
1. Kencangkan ikat pinggangnya (bermakna baginda lebih bersungguh-sungguh dalam ibadah, atau bermakna baginda menjauhi isteri-isterinya, tidak bercumbu dengan mereka),
2. Menghidupkan malamnya,
3. Dan baginda membangunkan keluarganya.” (HR Bukhari & Muslim)

Imam Sufyan ats-Tsawri berkata, “Aku senangi jika sepuluh terakhir (Ramadhan), seorang muslim lebih bersungguh-sungguh dalam ibadah dan membangunkan keluarganya, mengajak anak-anaknya solat selama mereka mampu.”

4. Mandi di antara Maghrib dan Isya'

Dari hadits Aisyah riwayat Ibnu Abi Ashim, Ibnu Jarir berkata, “Ulama salaf menyukai untuk mereka mandi di setiap malam pada sepuluh terakhir (Ramadhan).”
Demikian pula Imam an-Nakhoi

5. Memakai wangi-wangian sebagaimana riwayat Anas bin Malik

6. Menggunakan pakaian terbaik yang dia miliki

7. Mewangikan pakaian dan juga masjid dengan dupa (membakar gaharu) sebagaimana juga riwayat Ayub Sikhtiyani, Tsabit al-Bunani dan Humaid at-Thowil

Ibnu Rajab berkata, “Demikian secara umum dalam ibadah seperti hari Jumaat dan Ied,

📖 Firman Allah:

 خذوا زينتكم عند كل مسجد

“Dan gunakanlah perhiasanmu setiap kali kamu solat.”.” (Lathoif 207)

وفقكم الله لطاعته

(Faedah ilmiah dari al-Ustadz Usamah Mahri di WhatsApp مجموعة طريق السلف)

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf


Diposting ulang hari Sabtu, 22 Ramadhan 1438 H / 17 Juni  2017 M

http://www.nisaa-assunnah.com
http://t.me/nisaaassunnah


Nisaa` As-Sunnah
Lebih baru Lebih lama